Lifestyle

Periuk Kuali Anti-Calar Dan Tidak Melekat

Kuali Hangus

 

Pernahkah anda mengalami situasi di atas..?? Selalunya terjadi kalau sambil masak ada macam-macam lagi kerja yang dibuat sehinggakan kita lupa tengah masak. Bila dah lama-lama sampai terbau hangit barulah sedar tengah masak lauk kat atas dapur. Bila dah hangit, dah tentu kuali atau periuk berkerak dan kadang-kadang sampai berarang, habis berasap satu rumah.

Masalah bila periuk/kuali hangus ni bila kita nak membersihkannya punyalah susah dengan kerak tebal dan melekat kuat. Kene sental pakai berus dawai berkali-kali dalam masa yang agak lama barulah kotoran akan hilang. Boleh jadi lenguh tangan dibuatnya.

Kalau pakai cara lama kuali atau periuk itu akan dipanaskan semula dan diisi air untuk membuatkan kerak yang ada itu kembang dan lebih mudah untuk dicuci. Ia akan memerlukan masa yang agak lama dan tenaga yang banyak untuk menghilangkan kerak yang hangus itu. Ada juga yang menggunakan sabun yang kuat yang boleh menanggalkan kerak degil tetapi ia agak mahal harganya.

Di sini saya nak kongsikan sedikit tip bagaimana nak menghilangkan kesan kerak hangus yang degil itu :

 

 

Knife Sharpener

 

 

7 TIPS MUDAH MENGHILANGKAN KESAN HANGUS KUALI/PERIUK

 

1. Guna Sabun Mandi.

Mula-mula, potong sabun mandi kepada 4 atau 6 bahagian (bergantung pada saiz kuali atau periuk/kuali anda) dan rendamkan periuk/kuali dalam besen bersama sabun mandi itu (1 bahagian untuk luar periuk/kuali dan 1 bahagian untuk dalam periuk/kuali). Biarkan sabun itu kembang dalam beberapa minit dan larut ke dalam air. Selepas itu tekan 1 bahagian sabun kepada kerak bahagian luar dan 1 lagi pada kerak di bahagian dalam kuali/periuk itu. Kemudian sental menggunakan berus periuk dawai dan ulang sehingga bersih.

 

2. Cuka

Sekiranya kesan hangus pada periuk/kuali itu tidak berapa tebal, cukuplah menggunakan campuran cuka dan air dalam nisbah 1 cuka dengan 3 air. Panaskan semula periuk/kuali itu sehingga ia mendidih dan kacau sehingga kesan hangus itu tertanggal.

 

3. Minuman Berkarbonat

Biasanya menggunakannya untuk kesan hangus disebabkan gula. Rebus menggunakan minuman berkarbonat dengan api yang perlahan selama lebih kurang 2 jam dan kesan gula yang hangus akan tertanggal dengan sendiri. Bagi kawasan yang terlalu tebal, gosokkan menggunakan senduk kayu untuk menolong menanggalkan kesan hangus itu.

 

4. Tomato

Cara ini memerlukan anda meninggalkan periuk/kuali anda semalaman setelak dilenyekkan dengan tomato yang tidak terlalu masak. Asid yang terkandung dalam tomato itu akan meleraikan kesan hangus itu dan menjadikannya lebih mudah untuk disental menggunakan berus.

 

5. Garam Kasar

Didihkan air menggunakan kuali/periuk yang hangus itu dan masukkan garam kasar. Kemudian kacau sambil menggosiokkan kesan hangus itu menggunakan senduk kayu.

 

6. Garam dan Limau Nipis

Cara ini sesuai untuk menghilangkan kesan hangus di bahagian belakang/luar kuali/periuk anda. Gaul garam dan air limau nipis sehingga mendapat cecair yang pekat dan sapukan ke bahagian luar periuk/kuali dan biarkan selama 2 jam. Kemudian letakkan sedikit air dan sental.

 

7. Cuka Makan bersama Baking Soda

Ianya sesuai untuk menghilangkan kesan hangus pada bahagian dalam periuk/kuali anda. Mula-mula didihkan air di dalam kuali/periuk itu dan kemudian masukkan satu cawan baking soda. Setelah didapati kerak hangus itu sudah mula menjadi lembut, boleh la matikan api dan mula menyentalnya menggunakan sudip kayu bersama-sama dengan span kasar.

 

 

Knife Sharpener (4)

 

 

Teknologi Menyelesaikan Masalah Kesan Hangus Pada Periuk/Kuali

Di zaman yang serba canggih sekarang ini, pembuat dan pengeluar periuk/kuali telah menemui cara membuat periuk/kuali menggunakan bahan-bahan yang tidak mudah dilekati kotoran terutamanya kesan hangus dari masakan. Terdapat pelbagai jenama pengeluar terkemuka yang anda boleh dapatkan dalam pasaran terutamanya dari pengeluar kuali leper (pan) yang telah menggunakan bahan anti melekat kotoran.

Di sini saya ingin menyarankan satu produk keluaran Korea yang telah berjaya mengeluarkan produk kuali/periuk anti-melekat kotoran menggunakan 7 lapisan bahan termasuk 6 lapisan serbuk batu. Ia amat mengagumkan , denngan rekaan yang cantik di samping lebih ringan dari produk periuk/kuali anti-melekat kotoran yang ada di pasaran.

 

 

Memperkenalkan kepada anda :

ECORAMIC  Stone Pan

 

Ecoramic (2)

 

Ecoramic (3)

 

Memang betul-betul lebih ringan dan tahan calar dari pan yang pernah saya pakai sebelum ini. Ia juga dilengkapi dengan penutup bersais 28cm dan boleh digunakan untuk 2 lagi pan Ecoramic (sais 28cm) yang lain. Ia juga lebih menyihatkan masakan anda kerana periuk ini membebaskan Sinar Infra Merah yang dapat membasmi kuman dalam masakan dan mempunyai lapisan luaran yang bersifat Anti-Bakteria.

 

Ecoramic (5)

 

Pan ni mak saya membelinya semasa promosi di TV dengan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran. 3 pan berlainan isipadu bersama dengan 1 penutup dengan harga RM169 aje masa tu. Harga pasaran ialah lebih kurang RM700 kalau beli satu-satu. Penutup aje berharga RM40. Untung la mak saya beli masa promosi tu.

 

Ecoramic (10)

 

Perkara yang menariknya tentang pan ini ialah ia mudah dibasuh dan ia tak calar walaupun di gosok kuat-kuat dengan berus dawai. Dalam iklan masa kat dalam TV sampai masak paku dalam pan ini dan digosok pakai mesen tajam pun tak calar. Disebabkan ia amat berkualiti tinggi dan berkesan, saya bercadang nak pasarkannya kerana say memang AMAT YAKIN dengan keberkesanan produk ini untuk memudahkan kerja-kerja di dapur.

 

“Nampaknya Dapur Anda Akan Lebih Sempurna Dengan Adanya Produk Ini”.

 

Ecoramic (4)

 

 

Tonton Video Ini :

 

 

Dapatkan dengan harga diskaun sekiranya membeli 3 biji pan berlainan isipadu bersama penutupnya dengan harga yang lebih murah di link/butang di bawah (atau klik pada gambar yang disediakan di bawah) :

 

Ecoramic (11)Ecoramic1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ecoramic (12)Ecoramic2

 

 

 

Hubungi Saya Di Sini :

facebook-100-x-100         twitter-2-100-x-100        Whatsapp - 300 x 300   

Facebook: www.facebook.com/ainudin.b.mohamad

E-mail: ainudin.mohamad@gmail.com

Website:  easylivingbiz.com

Phone:  011-20722639

 

TEFAL on Lazada

 

 

Mutiple Device Charging Dock (350 x 350)

 

Topik Berkaitan :

Sertai (Like, Follow & Share) halaman FB “Easy Living” untuk pelbagai tips dan ORDER :

ELB Click Here

** As an Amazon Associate I earn from qualifying purchases.

 

Stainless Steel Straw (1)

 

 

Sitegiant E-commerce

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s