Handheld Vacuum Cleaner

600x314_FlashSale

 

Kebersihan Rumah.

Rumah merupakan tempat yang penting bagi setiap individu. Bagi mereka yang telah mempunyai rumah sendiri atau rumah yang disewa untuk tempat berteduh, ia merupakan satu destinasi akhir bagi setiap orang yang bekerja. Rumah penting untuk kita berehat dari hiruk-piruk kehidupan dunia yang sangat mencabar. Tanpa rumah yang selesa, kita mungkin tidak dapat berehat dengan tenang.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada keselesaan adalah keadaan kebersihan rumah sama ada di luar mahu pun di dalam rumah. Keadaan persekitaran yang bersemak bukan sahaja tidak sihat malah boleh mengundang bahaya dari serangan binatang dan serangga. Apatah lagi sekiranya sudah mempunyai anak, kita hendalah menyediakan persekitaran yang selamat untuk mereka. Sekiranya tidak dibersihkan, kawasan rumah yang bersemak juga akan menyumbang kepada penularan wabak penyakit seperti Demam Denggi yang menjadikan kawasan bersemak untuk pembiakan nyamuk.

Bagaimana pula dengan keadaan di dalam rumah..??

Kekemasan dalaman rumah (interior design) bergantung pada individu. Ada yang suka dengan barangan antik dan ada juga yang suka pada reka bentuk moden. Apa yang penting ialah rumah mestilah dalam keadaan yang teratur, kemas dan bersih. Penyusunan barangan di tempat yang sesuai adalah sesuatu yang penting supaya ia mudah dicari apabila kita memerlukannya. Keadaan yang teratur juga akan memudahkan pergerakan ahli keluarga seterusnya mengelakkan dari bahaya akibat kemalangan.

Satu lagi faktor yang amat penting ialah kebersihan di dalam rumah. Keadaan rumah yang kotor bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah boleh mengundang pelbagai penyakit. Lantai dapur dan bilik air yang berlumut dan licin amat bahaya kerana boleh mengundang bahaya kemalangan. Habuk pula boleh membawa kepada masalah saluran pernafasan. Sampah yang tidak diselenggarakan akan mengundang binatang dan serangga yang merupakan pembawa kepada wabak penyakit.

Penat Nak Bersihkan Rumah..!!

Disebabkan zaman telah berubah, aktiviti harian kita juga berubah. Kerja dan tanggungjawab haruslah dilaksanakan. Tak cukup dengan kerja di tempat kerja, ditambah pula dengan kerja selepas waktu kerja. Maklum lah zaman sekarang ni kene buat banyak kerja baru cukup menampung keperluan kehidupan. Bagi yang ada anak pula, kene uruskan pembelajaran mereka pula. Balik rumah dah tak sempat nak kemas rumah (pembersihan di dalam rumah).

Kalau ada pembantu rumah, takde masalah. Pembantu rumah boleh membuat kerja pembersihan di dalam rumah. Tak semua orang mampu menggaji pembantu rumah untukmembuat kerja rumah seperti memasak, jaga anak dan juga kerja pembersihan di dalam rumah.

Apa boleh buat, tunggu hujung minggu aje la untuk kemas dan buat kerja pembersihan di dalam rumah. Itu pun sekiranya tidak mempunyai aktiviti lain. Jadi, kita harus pandai membahagikan masa dan memilih alatan yang sesuai bagi tujuan kerja pembersihan di dalam rumah.

Kaedah lama seperti memakai penyapu kekadang menimbulkan rasa malas kerana menggunakan banyak tenaga. Ini membantutkan semangat untuk membuat kerja pembersihan di dalam rumah. Penggunaan alat hampagas (vacuum) juga kadang-kadang membantutkan semangat kerana saiznya yang besar dan berat.

Teknologi telah menghasilkan sesuatu yang sangat sesuai bagi kehidupan pada zaman moden termasuklah untuk kerja pembersihan di dalam rumah. Kita perlukan penyedut hampagas (vacuum) yang KECIL , RINGAN dan cukup BERKUASA untuk memudahkan kerja pembersihan di dalam rumah.

Cyclone Rocket Handheld Vacuum Cleaner 600W

shimono-pro-cyclone-rocket-handheld-vacuum-cleaner-600w-white-1515653411-319939921-5a6bcfc3f8b0e0ba5948b640237beeb4-product

Shimono Pro-Cyclone vacuum cleaner to dust inhaled with air wholly separated from the accumulation of dirt and is easy to damage the motor. It has a superb suction force can effectively suck the naked eye faceless grime sofa, bed, car, and even hidden in the hidden nooks and crannies of the dirt, but also can easily manage Qing clean.

Small size and beautiful, and easy to carry SVC1017 Rocket Vacuum assisted more with five kinds of accessories, including 180-degree rotating brush, brush the Quartet, 360-degree rotating round brush, extending strip tube, mites and bed brush and crevice tool pumping , prompting Li Qing easy job easier.

* new and unique stainless steel filter, is the main characteristic SVC1017 vacuum cleaners, saving the cost of the filter replaced.
* super superb spiral shaft suction up 15000PA.
* power 600Watt
* has four protective white steel filter to prevent dust mites floating in the air a good level of protection.
* anti-high-pressure steel dust cover (Polycarbonate), explosion-proof pressure up to 80kg.
* has five flexible use and specialty wire brush (5meter)
* lightweight beauty, fashion design with champagne

Features :

Brand : Shimono
SKU : SH046HAAC5D2A1ANMY-169096540
Type of Battery : Others
Warranty Period : 1 Year
Warranty Type : Local Manufacturer Warranty
Power (watt/horsepower) : 600
Wattage : 550W

 

Buy At Lazada :

Copy and Paste product name at Lazada browser.

Product name:

Shimono Pro Cyclone Vacuum

lazada-logo-940x469

650534d2bc285be3e538d077d099f977

Hubungi Saya Di :

Facebook -50 x 50           Twitter 2 - 50 x 50

Facebook: https://www.facebook.com/ainudin.b.mohamad

E-mail: ainudin.mohamad@gmail.com

Topik Berkaitan :

728x90_FlashSale

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s