Waterproof Camping Bag

supersale

Keperluan Musim Hujan.

Negara kita mengalami 2 jenis musim hujan yang lebat iaitu pada waktu Monson Timur Laut dan Monson Barat Daya. Pada bulan-bulan selain dari itu, kita akan masih menerima hujan kerana negara kita beriklim Khatulistiwa iaitu Hujan dan Panas sepanjang tahun. Oleh itu, kita sebagai orang tempatan selalunya sudah biasa dengan keadaan ini. Biasanya akan menggunakan beg plastik kalis air untuk menyelamatkan barangan daripada basah sewaktu melakukan apa-apa kerja luaran.

Tidak lah begitu sukar untuk meredah hujan bagi mereka yang mempunyai kereta kerana sememangnya dah kalis air. Tetapi bagi mereka yang pergi kerja dengan menunggang motosikal, selalunya akan bersedia dengan baju hujan yang diletakkan di dalam bakul atau kotak barangan. Apabila hujan turun semasa menunggang motosikal, mereka akan berhenti di bahu jalan untuk memakai baju hujan kalis air untuk mengelakkan dari basah. Ada juga yang terus redah aje kerana dah habis kerja, mandi tengah jalan.

Selalunya saya sendiri sebagai penunggang motosikal akan berhenti di bawah jambatan untuk memakai baju hujan kalis air dan menyelamatkan barangan yang tidak boleh kene air daripada basah. Tetapi pada waktu-waktu tertentu, kadang-kadang nasib agak kurang baik apabila hujan lebat turun lebih awal dari jangkaan dan keadaan jalan pula yang tidak sesuai untuk berhenti (seperti di kawasan lampu trafik atau tengah tersangkut dalam kesesakan jalan raya). Basah kuyup dibuatnya termasuklah dompet, talifon pintar (smart phones) dan apa-apa yang ada di dalam kocek dan di dalam beg akan basah kerana tidak kalis air. Satu kelebihan bagi mereka yang memakai talifon pintar kalis air.

Lain pula cerita bagi penunggang motosikal sewaktu bersiar-siar. Masa ni, kotak barang tinggal kat rumah, baru nampak bergaya. Bila hujan turun, takde pulak tempat nak berteduh. Maklumlah baju hujan pun dalam kotak barang yang dah ditinggalkan kat rumah. Memang basah kuyup la. Masalah besar sekiranya ada bawa alatan elektronik atau dokumen yang tak boleh kene air (tidak kalis air). Masalah yang sama juga bagi mereka yang menunggang untuk jarak jauh.

Jadi, adalah lebih baik sekiranya kita sebagai penunggang motosikal memakai barangan yang kalis air (water proof), Jam tangan kalis air, jeket kalis air, kasut kalis air, seluar kalis air dan macam-macam lagi yang kalis air. Bukan sahaja bagi penunggang motosikal sahaja yang memerlukan barangan kalis air, malah amat berguna juga kepada peminat aktiviti luaran sebagai hobi seperti beriadah, berbasikal, aktiviti berkelah, mendaki gunung, aktiviti merentas hutan, memancing, sukan x-trem dan berbagai-bagai lagi aktiviti lasak.

Anda Perlukan…!!!

sealock-tpu-lightweight-camping-riding-bag-waterproof-mountaineering-bags-1502264720-89015296-fa58f4258ec8f11d876f318e1b6988cc-product
Products Name :
Sealock Waterproof Camping Bag.
Brand: Sealock
Price: RM221
Product Details :

  • Listing time: 2015 summer
  • Item No.: B0820
  • Capacity: 20L(including)-35L(free)
  • Listing time: 2015 summer
  • Material: Other
  • Tag price: 498
  • Carrying System: Curved shoulder strap
  • Origin: China
  • Applicable sex: Men and women General
  • Applicable scene: General camping/hiking
  • Bear System Structure: Soft bag
  • Brand: Sealock/ideas off
  • Size: 32.5*13.5*43 cm
  • If is equipped with a rain cover: No
  • If with kettle reserved for warehouse: Is
  • Product Series: Shoulder waterproof bag

Rating: N/A

Beli di Lazada :

Copy and Paste nama produk di browser (halaman) Lazada.
Nama Produk :
Sealock Waterproof Camping Bag

lazada-logo-940x469

650534d2bc285be3e538d077d099f977

Find me here:

Facebook -50 x 50          Twitter 2 - 50 x 50
Facebook: https://www.facebook.com/ainudin.b.mohamad
E-mail: ainudin.mohamad@gmail.com

Topic Berkaitan :

supersale

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s